kecilnya dunia

Tapak-tapak kaki kecil itu

Halus, mulus

Belum pandai untuk berpijak di tanah gersang

Belum tahu akan madu hempedu dunia.


Tapak-tapak kaki kecil itu

Halus, mulus

Belum pandai untuk menongkah arus realiti

Belum tahu untuk menundukkan duniawi.


Tapak-tapak kaki kecil itu

Masih merah

Masih mentah

Masih digenggam erat oleh tangan-tangan para-para dewa dewi

Masih dibalut dengan kain putih

Masih belum terpalit debu hitam.


Tapak-tapak kaki kecil itu

Bakal menyingkap pelbagai isi dunia

Menongkah arus, mengikut musim

Memijak ego, mengangkat kehendak

Menoleh ke sisi, berlari ke teluk

Meninggalkan jejak, menapakkan bekas.


Tapak-tapak kaki kecil itu

Masih merah

Masih mentah.

jaring besi dinding konkrit

Tua

Lapuk

Tidak bernilai

Hilang seni

Goyah


Digantikan dengan yang lebih


Muda

Kuat

Segak

Artistik

Megah


Aku dilupakan

Aku dipinggirkan

Bila mana akar umbi aku dicabut

Yang tinggal hanyalah serpihan

Yang lama-lama lenyap diterbangkan bayu

Aku hilang dari pandangan mata manusia


Katakanlah mereka itu rakus

Katakanlah mereka itu tamak

Aku tetap pergi meninggalkan kamu semua

Yang tinggal hanya potret-potret usang, cerita-cerita kosong dan memori-memori lama yang terpahat pada setiap insan yang pernah berbekas dihatinya kerana aku


Lenyapnya aku dengan satu tujuan

Memberi laluan untuk satu terma,

Pembangunan.



(Source from Buttet Photography)