Showing posts with label Mukadiri. Show all posts
Showing posts with label Mukadiri. Show all posts

relung

Bila hidup masih belum bebas,
Nota-nota lama tersimpan dalam poket kecil,
Dilipat rapi dipegang hati,
Menatap langit sunyi sendiri,
Sangkar emas dibiar tidak berkunci,
Rantai api membelit kaki,
Dipegang tidak dilepas tidak,
Mati kehausan di laut masin.

Pinjam

I need a shoulder to lean on
I need a shirt to wipe all my tears
I need you.

Sujud

Jauh mana aku hilang
Tinggi mana aku terbang
Akhirnya aku kalah dengan kuasa Tuhan.

Entri bergambar | Senja Sunyi


Luasnya bumi menagih bunyi
Bergelandangan di pinggir laut sunyi
Di hujung senja aku menanti
Untuk melangkah tepat ke rusuk kamu nanti.

Entri bergambar | Rango Nutini

Bunyi yang menyapa
Membawa aku terus ke hati kamu
Untuk aku; perempuan yang lemah jantungnya ini
Memandang tepat ke tepi rusuk kamu
Di sudut paling hujung.


Ilmu hisab

Bertuah sungguh manusia,

Yang sentiasa rasa dekat dengan Tuhan
Yang sentiasa berfikiran baik-baik belaka
Yang sentiasa terpelihara hidupnya
Yang sentiasa tidak serabut akalnya mencari tujuan hidup
Yang sentiasa mudah hatinya melakukan mahmudah

Bertuah sungguh manusia.

Ratip

Keras seperti batu
Lumat seperti debu
Kembara beribu batu
Kau tidak kutemu

Bulan tidak berpenghuni
Bintang jauh sekali
Hati makin sunyi
Tuhan datangkan seorang lelaki.

Empty bin

Dan perlahan-lahan jasadnya ditarik keluar
Dibawa masuk ke dalam dunia ciptaan sendiri

Tak jumpa jalan pulang
Tenggelam jauh

Dia
tidak
mahu
pulang.

Arkib | Second Boyfriend

Terlalu banyak pilihan
Bermacam rupa dan warna
Keliru aku membuat keputusan
Pening aku hendak memilih yang mana.

Antara yang beribu itu
Terdengar jeritan pelbagai pihak
‘Aku…aku…pilihlah aku.’
‘Lihatlah bulu aku yang tulus mulus ini’
‘Peluklah aku yang gebu ini masa tidur kamu. Pasti lena’
‘Pasti tidak menyesal bila engkau pilih aku’

Walau ada yang lebih cantik dan gebu
Entah kenapa aku terpaut yang satu ini semenjak dari tadi lagi.
Walau ada yang cuba pengaruh aku dengan matanya yang bulat, rupanya yang unik

Entah.

Aku tetap mahu yang itu.

Mungkin pada dasarnya matlamat aku mahukan yang murah sahaja.
Sudah diprogramkan diminda.
Jangan pilih yang melampaui apa yang aku bajet. Cukuplah jika ianya mampu memenuhi deskripsi yang aku mahu.

Terselit di tengah-tengah sahabat yang lain
Tergantung sekian lama berbalut kapan jernih itu
Dan akhirnya dia di tangan aku.

Gembira seperti kanak-kanak disuakan gula-gula
Girang melebihi manusia lain disekeliling
Dan dia yang aku pilih berwarna biru.

Kini aku tidak menyesal memilih sang biru itu.
Peneman aku setiap malam
Bersama sang bintang yang teguh berdiri di sisi aku

Mendengar teriak dan bebelan aku
Melihat aku menjadi gila berkata seorang diri
Menjadi bantal peluk aku ketika hari aku kusam
Menceriakan hari aku dengan gelagat gila-gila kami.

Serius aku jatuh cinta dengan sang biru dan sang bintang.

Arkib | Baw.a.ku

Pernahtakdalamsatuharikaurasalain.
Adasatudetikbilasatuhariakutidaksedarapayangakubuat.
Jalanyangharihariakulaluakulangsungtakkenalrutinyangharihariakubuatakulangsung
taksedarcakapmakimakiyangharihariakuluahlangsungakutakperasan.
Akusepertitidakcamlangsungtidakingatlangsungwalhalbarusedetiktadiakulaluijalan
yangsamaulangirutinyangsamacakapmakiperkarayangsama.
Sepertiseluruhtubuhbadanakutidakdapatmemprosesapayangterjadisepertijiwaku
disentapsepenuhnyaolehtuhanlangsungjasadakuantarajejakkebumidantidak.
Masakanakunakmasukparkingkeretakulupayangmanabrekyangmanapedalminyakdanakhirnyaku
tersadaitepiparkingsebablanggarbonggolyangsipisipinakkenapilibombakurasamacamorangbodoh
yanghariharibawakeretatapilangsungtaktahumanabrekmanapedalminyak.
Akukeluarkeretakumenangismacambudakecilkehilanganibudipasarayakutermenungsampaikan
kapeldepankeretakutanyakuiniantarasedaratautidakdandenganselambakujawabsayadamasalahjiwa
perlahanlahandiarahkanakumasukeretadanakusepertiorangmengantukdi
hulurkanbantalmengikutsahajadanmenyelesaikanmasalahparkingakuyangterbengkalaitadi.
Sungguhmacamorangdunguakurasa.Akumasukbilikakududukdiamdiamakutarikselimutakupeluk
teddyakupandangsilingakukirakirakelajuankipasakukatupmatakubayangkankauaku
pelukteddykuatkuatakubayangkanteddyitukauakupejamataperlahanlahanakudibawapergi
olehizrailyanglamamenantikehadiranaku.

Pulang ke dasar

Gemersik halus biola
Mainan nakal mata piano
Dikala langit suram
Mengetuk perlahan jiwa bolong
Bagaikan diracunnya minda
Khayal menikmati tali-tali halus bercerita.

Halus

Tanpa sedar
Satu per satu jari -jemari mula bergerak
Mengikut perlahan irama merdu
Suara-suara pantai mula berbisik
Pasir-pasir halus mula terpercik
Deruan ombak membantai laju
Seolah-olah memanggil aku
Untuk pulang.

Disorongnya keting halus ke persisiran
Tubuh mula mendamparkan diri
Terapung-apung dibaling pergi
Ah sial!
Lunak sungguh bunyi itu
Buat aku terus tenggelam ke dasar biru
Tanpa aku sedar

Mati dalam pembohongan.


Bunyi lagu halus yang terus bawa aku pergi jauh-jauh dari alam manusia
Siang malam
Angin ribut
Percik halus-halus

Aku

Berdiri kaku
Menanti

Entri bergambar | Dear Future Husband


Marry me
Dengan aku yang tak punya apa
Dengan aku yang banyak cela

Marry me
Bersama berdua sampai senja
Bersama berdua sampai hujung nyawa

Marry me
Tanpa perlu hantaran berjuta
Hanya perlu ijab dan qabul sahaja

Marry me
Dengan aku yang banyak kerenah
Dengan aku yang tak tahu merencah

Marry me
Dengan aku yang tak sentiasa indah
Dengan aku yang hidup susah

Marry me
Akan aku cinta sampai tua
Akan aku cinta sampai syurga

Anyone?

Denting biru

Aku suka dengar
Paluan tin kosong dengan titis hujan
Nyaman
Mengasyikkan
Melalaikan
Seperti bunyi kosong jantung berlubang aku.

Takbir

Jiwa aku bagai dicarik-carik halus
Tatkala sayup takbir berlagu

Hati resah

Sungguh aku lemah bila kalimah Ar-Rahman berlagu
Betapa bolongnya hidup aku rasakan

Traffic Light

Aku benci kau
Sungguh!
Meluap-luap kebencian aku bila kau asyik buat aku menanti
Berjalan selangkah menunggu empat puluh langkah
Dah berapa banyak hidup aku menanti sebab kau
Buang masa tahu tak?!
Hijau
Kuning
Merah
Ah menunggu lagi
Aku benci kau
Si lampu isyarat.

Afficionado

Aku ketagih
Bukan rokok
Bukan heroin
Bukan gam
Bukan daun ketum.

Aku ketagih
Dengan cerita tentang kau.

Melayang

Duduk ramai-ramai
Atas kerusi, celah tiang, atas lantai
Tengok art dari Cakar
Rona hitam & putih
Campur Asap kepul-kepul
Kejap lagu black metal kejap lagu Maher Zain
Makanan barat, timur selang seli air teh kopi

Aku rasa terbang melayang.

Lover

Aku dengan makanan
Macam sepasang kekasih
Twenty four seven melekat macam belangkas
Tak boleh dipisahkan langsung