Showing posts with label Tanah. Show all posts
Showing posts with label Tanah. Show all posts

Kotarayaku



Ramai yang menyimpan impian untuk datang ke kotaraya mencari apa yang mahu dicari.

Bagi mereka kota besi ini mampu memberi nikmat dan merealisasikan impian mereka.

Tapi ramai juga yang mati mengejar mimpi di sini. Terkejar-kejar mencari rezeki untuk anak bini, terkejar-kejar mengikut trend terkini semata hidup mahu dipuji tetapi takut pulak dikejar sama mati.

Kotaraya, kota yang menyimpan sejuta khayalan dan kota inilah juga yang menjahamankan seluruh impian.

Aku? Aku cuma mahu hidup aman dan bahagia walaupun aku tahu 'big apple' ini cuma mampu memberi rasa debu dan bukan rasa gebu

relung

Bila hidup masih belum bebas,
Nota-nota lama tersimpan dalam poket kecil,
Dilipat rapi dipegang hati,
Menatap langit sunyi sendiri,
Sangkar emas dibiar tidak berkunci,
Rantai api membelit kaki,
Dipegang tidak dilepas tidak,
Mati kehausan di laut masin.

Entri bergambar | Hujung dunia

Entah berapa banyak lagi cerebral cortex harus bersepai
Entah berapa banyak lagi kaki tangan perlu tercabut
Entah berapa banyak lagi tulang-tulang rusuk harus ranap
Entah berapa banyak lagi jantung hati perlu lunyai
Entah berapa banyak lagi hemoglobin harus mengalir
Kerana aku?

Jaring besi dinding konkrit

Tua
Lapuk
Tidak bernilai
Hilang seni
Goyah

Digantikan dengan yang lebih

Muda
Kuat
Segak
Artistik
Megah

Aku dilupakan
Aku dipinggirkan

Bila mana akar umbi aku dicabut
Yang tinggal hanyalah serpihan
Yang lama-lama lenyap diterbangkan bayu
Aku hilang dari pandangan mata manusia

Katakanlah mereka itu rakus
Katakanlah mereka itu tamak
Aku tetap pergi meninggalkan kamu semua
Yang tinggal hanya potret-potret usang, cerita-cerita kosong
Dan memori lama yang terpahat pada setiap insan yangpernah berbekas hatinya kerana aku

Lenyapnya aku dengan satu tujuan
Memberi lalu untuk satu terma,
Pembangunan.

Entri bergambar | Retorik astaka dinding hitam

Retorik astaka dinding hitam
Bergemerlapan cahaya suram kelam
Berkumandang suara segenap alam
Bertaburan semut-semut hitam
Berpadu petikan antara tulang dan besi
Berpasangan sendi-sendi menghentak konkrit
Berawangan serebrum di ruang kosong
Bertiupan nota-nota treble klef
Bersahutan bunyi kerongkong terpantul sana sini

Ada satu susuk menakuk di antara belikat kuat
Mula menikus lalu tenggelam dihembus jaring-jaring yang melantunkan rohnya
Di sebalik retorik astaka dinding hitam itu

The Wall, Batu Pahat
Awesome people, great music and high hope