Showing posts with label Makhluk. Show all posts
Showing posts with label Makhluk. Show all posts

I rest my case.

Membangkang dikatakan rebel,
Menurut dikatakan dungu,
Memuji dikatakan pengampu,
Menjelaskan dikatakan menunjuk2 ilmu,
Berdiam diri dikatakan tidak berpendirian.
Selamat datang ke mahkamah ciptaan manusia,
Yang mana hukuman dijatuhkan sebelum perbicaraan bermula.

Kuat

Sebanyak mana aku mahukan kau
--Aku pasrah kau tiada

Sebanyak mana aku kuatkan diri
--Aku akur aku rapuh

Sebanyak mana aku benci dunia
--Aku redha bila matahari menjelma

Sebanyak mana aku diamkan mulut
--Aku angguk mengikut telunjuk

Please

Tulang belikat aku bukan dari besi
--Lama-lama nanti habis dimamah detik berlalu

Hati aku bukan dari batu kelikir
--Lama-lama nanti habis sudah dirodok hancur

Please

Aku cuma mahu hidup aman.

Entri bergambar | Ask

Image Hosted by PicturePush


Ask yourself
Whether it is worth it?
Sujud
Tadah
Minta
Sujud
Tadah
Minta
Dan ask yourself
Whether it is worth it?
Ada jawapannya
Jangan bohong!

Arkib | Partner in Crime

Distance and Time
Butter and Bread
Life and Death
Angel and Demon
Cat and Dog
Husband and Wife
Earth and Heaven
Bitter and Sweet
Beauty and Beast
Shoe and Lace
Music and Sound
Day and Night
Fate and Possibility
Marriage and Divorce
Sun and Moon
Black and White
Tom and Jerry

We meet and we depart
We live and we die
We laugh and we cry
And somehow every detail of these subjects fit perfectly into the maze

But why we, human, like to tarnish the beauty of God's creation?

Half moon

Half moon
Never thought it will be so beautiful
Never thought it will be so cool
Never thought it will be so lonely

So lonely

Half moon.

Nafas

Lambai sayu aku dari tanah orang
Mengharung sunyi pekat malam
Berkepul-kepul nikotin menyinggah
Menyempitkan ruang bronkus
Iris hanya mampu menatap
Semut-semut hitam yang menggelikan hati
Tersadai dalam ilusi kota besi.

Tambo rakyat jembel

Aku ini harta pun tiada, nama pun tidak semenggah
Bukan mahu mengadu nasib malang
Atau menyalahkan ketidakadilan dunia
Cuma kita-kita ini marhaen yang tercungap-cungap
Mematahkan belikat yang tidak seberapa untuk untung rugi dunia

Nikmat seteguk zarah
Yang dilalukan ke usus dalam tubuh
Bila sudah mula derita lapar kemaruk arsenik
Jadi bangkai meranum berengga ditepian sangkarpun jadilah
Sampai Izrail mengucapkan salam langsung tidak dipedulikan

Panji-panji yang dahulunya terpahat dalam diri
Sudah berteraburan atas awan
Bergebang sana sini tidak henti-henti
Kolokium sudah bertukar jadi sarkas lompat sana-sini
Bisik hati 'apakah akan terpelihara aku yang tak semenggah ini'
Laksana gagak yang mahu duduk sebelah sama merak

Mulut harimau menganga-nganga minta disuapkan
Mulut kera terdikit-dikit mengunyah sabut kelapa
Bila mahu sedar yang semua itu sudah jadi santan basi
Pandanglah kami sebelumnya bertukar jadi debu.

Puas melapah

Gelaklah sampai mati
Sungguh aku memang begini
Tak perlu susah payah memahami
Kalau dalam hati sudah tidak mengerti
Tak pernah sedikitpun aku sesali
Jika hanya punya diri sendiri
Kerana aku masih ada harga diri
Yang tak boleh dijual beli
Dan seingat aku nanti
Kembalinya nanti hanya pada Illahi

Cinta jujur

Bisakah
kau
terima

buruknya jasad aku?
kurangnya harta aku?
hangitnya masakan aku?
hopelessnya jiwa aku?

untuk dijadikan sebagai isterimu?

Bisakah
kau
terima

busuknya tubuh aku?
miskinnya hidup aku?
kakunya romantik aku?
celuparnya kiasan aku?

untuk dijadikan sebagai suamimu?

Bisakah
sayang?

Bermain dengan rindu

Ku timang tinggi-tinggi tidak kesampaian
angin hembus pagi
kibas-kibas gebar atas ampaian
menolak raksa jauh disudut perigi
jejak kelabu sudah menghakis
rembes turun dari langit.

Babi!

Aku rindu

Arkib | Tolol

Malam.
Gelap. Dingin. Tenang.

Siang.
Terang. Terik. Hiruk.

Siang dan malam silih berganti
Aku tetap begini.

Lari. Berhenti. Lari. Berhenti.
Entah berapa kali lari entah berapa kali berhenti.

Yang dikejar masih belum memiliki
Yang digenggam masih belum ditakluki.
Menginginkan sesuatu yang pada hati boleh dikehendaki. Yang pada akal menafikan mustahil itu.
Lalu menjadi degil dan kental
Kerna inginkan itu walau tidak mungkin.

Tergolek. Terkangkang.
Gelojoh bila menatap yang mustahil itu.
Dihadap dijamah sampai muntah
Dikesat dijilat sungguh lazat
Terlalu taksub dan tamak haloba
Inginnya menjadi badang tapi dungu mengikut telunjuk.

Bila akal diletakkan di tempurung lutut
Kaki pula disinggahkan ke ubun kepala
Kau bangga menjadi banjingan
Aku bangga ketawakan kau.

Pilihan masing-masing bukan?

Arkib | Hitam putih warna dunia

Hitam Putih warnaku
Hitam Putih warnamu
Hitam Putih warnanya
Hitam Putih tahi cicak

Mengapa harus Hitam Putih
Sedangkan banyak warna yang diciptakan Tuhan untuk kita lihat?

Si Hitam dan si Putih
Berbeza antara mereka
Dipertikaikan oleh mereka yg berwarna warni
Namun bolehkan dinilaikan hati mereka dengan warna Hitam dan Putih

Apa bagusnya warna Putih?
Apa buruknya warna Hitam?

Gabungan Hitam dan Putih menjadi sesuatu yang klasik
Namun mengapa mereka harus dipertikaikan, dibandingkan
Sedangkan mengalir dalam Hitam dan Putih warna merah yang sama
Jantung mereka mengepam darah yang berwarna Merah

Hitam dan Putih menghirup udara yang sama
Jadi apa bezanya mereka itu?
Adakah terletak pada warna Hitam dan Putih itu?
Jikalau ya maka sinisnya pemikiran kamu semua
Sedangkan bagi-NYA
Hitam dan Putih itu tidak ada bezanya
Hanya DIA yg tahu
Hitam dan Putih dan warna-warna lain
Mewarnai duniawiku ini

Arkib | Aku seorang orang-orang

Bila mana kamu berhadapan dengan kotak ajaib kamu berubah
Kamu menjadi anak wayang yang mungkin terhandal di abad ini
Kamu cuba untuk menjadi yang terbaik yang terhebat yang teragung
Kamu menjadi seseorang yang bagi aku sangat plastik
Kamu menjadi bukan kamu

Petah berkata.
Bijak berpura-pura.

Realitinya?

Hanya DIA dan kamu sahaja yang tahu.

Mengapa kamu harus meletakkan topeng di hadapan wajah kamu yang cantik itu sayang?
Mengapa kamu harus menjadi boneka di khalayak ramai?
Apa yang kamu cuba perlakukan itu?

Mungkin kamu bahagia dengan cara kamu itu. Mungkin kamu cuba menggembirakan diri kamu sendiri ataupun orang lain.

Mungkin kamu takut jikalau kamu berterus terang ada pihak yang kecewa dengan kamu
Ataupun mungkin kamu telah dibayar untuk menjadi patung-patung yang digerakkan oleh manusia lain

Aku cuma boleh andaikan sahaja kerna aku tidak mampu untuk membaca isi hati kamu
Aku juga tidak bisa mencorak hidup kamu
Hanya kau yang mampu

Adakah aku harus meletakkan topeng dimuka aku seandainya berhadapan dengan kamu
Atau terus menjadi aku yang berperangai kebudakan ini?
Aku tahu kau juga buntu untuk menentukan siapa diri kamu ketika saat-saat itu melanda kamu
Aku faham akan situasi kamu

Namun janganlah kamu menjadi terlalu plastik
Mereka yang lain memerhatikan dan mentertawakan kamu dek kepalsuan kamu itu
Kamu tidak dapat memperbodohkan mereka.

Arkib | Kawan

Kawan
Pegang aku ketika aku goyah
Tompang aku ketika sungkur
Papah aku ketika lemah.

Itu kau kawan.

Ajarkan aku tentang dunia yang terbentang luas.
Kenalkan aku dengan kasih dan benci.
Jumpakan aku dengan hati dan mati.
Ceriakan aku dengan tawa dan duka.

Setiap pelusuk kita teroka, kawan.
Ada ketika bermasam muka, berpaling rasa
Tapi bila mengadu domba tidak pernah lupa pinjamkan bahu.

Meraung menginginkan kawan lebih dari inginkan tulang rusuk.
Menahan rindu untuk ketemu yang tidak tertanggung
Seperti orang yang memadu asmara tapi madunya kau kawan.

Betapa masa dan jarak membunuh
Membunuh hati dan perasaan
Terkadang terfikir apa aku ini tiada yang lain?

Kawan.

Ini untuk kau kawan.

Dan aku rindu untuk berkasih seperti dahulu.
Masa itu kejam
Dan jarak itu membunuh!

Arkib | Adam

Aku seperti kehilangan
Dan masih lagi cuba mencari
Adanya engkau membawa harapan
Menjadikan aku seorang puteri

Adakalanya aku seperti bermimpi
Diantara fantasi dan juga realiti
Agaknya aku mempunyai krisis diri
Mencari konklusi yang sepertinya sepi

Ada antara mereka mengatakan aku ini gila
Diam seribu bahasa aku tersenyum sendiri
Anggap itu semua hanya omongan kosong
Membuat perhitungan sesuka hati mereka

Aku manusia yang tidak mahu dimengertikan
Didepan mereka mahu sahaja aku jeritkan
Aku hanya manusia yang biasa sahaja
Mengapa masih kamu berkata-kata?

Antara akal dan hati
Dari simpang mana yang kamu hendak lalu?
Antara hidup dan mati
Masih rasa lagikah degup jantung itu?

Arkib | Monolog - Perempuan Sakit Jiwa

Sayang.
Mana kau sayang?
 
Sayang.
Aku datang!

Rangkullah aku. Ciumlah aku. Manjakanlah aku.

Sayang.

Berapa lama sudah kau menanti?
Maafkan aku sayang. Aku terlupa yang kau sedang menanti aku.

Kau sudah makan sayang?
Mahu aku masakkan? Tapi sayang, aku sangat letih. Mungkin lainkali boleh sayang?

Sayang.

Ceritakanlah pada aku tentang harimu.

Hari aku sayang?
Seperti selalu.masam.busuk.pikuk.hiba.sesak.

Tapi kau mahu tahu sayang?

Seandainya hari aku malang, bila aku fikirkan kau, aku lantas tersenyum sendiri sayang. Sepertinya aku angau. Angaukan kamu! dan hari malang itu terus berlalu sayang.

Lihatlah sayang betapa kau mempengaruhi hidup aku sayang.

Sayang.

Sayang!

Mengapa engkau tidak menyahut?
Bencikah? Marahkah? Burukkah aku sayang?

Sayang.

Berkali-kali engkau buat begini pada aku sayang? Mengapa?
Tidak cintakan lagi engkau pada aku?
Sudah pupuskah rasa sayang itu pada aku?
Adakah mati sudah hati kau pada aku sayang?

Hei sayang!

Aku panggil engkau beribu kali ini.
Pekakkah?! Tulikah?!
Bodoh punya manusia!
Tidak diajar adabkah akan engkau supaya menyahut jikalau ada yang memanggil?

Sayang!!!

Aku cinta. Aku sayang. Aku benci. Aku marah. Aku sebak. Aku rindu.
Pada kau sayang!

<Suasana diam untuk seketika>

Oh sayang.
Nyanyuk sudah diriku ini.
Mungkin otak aku perlu diprogramkan semula
Serius aku lupa sayang.

Aku lupa
Yang engkau sudah…sudahpun aku cabut nyawanya di malam tahun baru itu.

Aku lupa sayang
Yang engkau sudah aku pisahkan roh dan jasadnya tika kau cuba menghempas hati aku ke bumi.

Benar sayang aku sudah lupa.
Maafkan aku ya sayang.

Sayang.

Selesakah engkau berbaring di kamar aku?
Sejukkan engkau? Aku selimutkan ya sayang?
Sebentar lagi aku berbaring di sebelah kamu ya sayang.

Sayang.

Malam ini aku punya satu permintaan.
Tunaikan hajat aku ya sayang.
Sudah lama sayang tidak aku dengar engkau melagukan aku tidur aku sayang.

Nyanyikan sayang;

“Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Pokok bunga melur…layu tak berkembang
Kasih dihulur sayang hancur takkan bersambung”


Terima kasih sayang
Sayangku zombie
Selamat tidur…untuk selamanya kau milik aku.

Arkib | Kasih

Kita sering menutup mata hati kita untuk melihat indahnya yang lain
Sebab kita percaya yang indah itu sudah berada didepan mata.

Cuba sekali ini untuk yang terakhir kamu bukakan mata hati kamu melihat indah yang lain
Bukan yang kamu percaya itu.

Lihat sesuatu yang tidak pernah kamu cuba untuk lihat selama ini
Kerja sesuatu yang tidak pernah kamu kerjakan
Belajar sesuatu yang tidak pernah kamu pelajari
Jangan sekat kebolehan kamu dan kemahuan kamu itu

Kamu akan tahu yang dunia ini tidak terlalu kejam seperti yang kamu fikir.

Lihat dengan mata
Fikir dengan akal
Terjemah dengan hati.

Pasti kamu akan terpegun betapa agungnya ciptaan Ilahi.

Walau aku tahu bukan mudah untuk itu tapi percaya dengan kuasa Tuhan dan kuasa diri sendiri
Selagi kita menidakkan semua itu selagi itu kita jauh terpelosok

Dan percaya suatu hari nanti senyuman itu kembali dalam hati.

Sungguh aku tidak tipu.

Arkib | Bukan sesiapa

Disatu masa ketika kau tiada siapa-siapa
Tiada aku tiada dia tiada mereka
Tiada siapa-siapa
Siapa yang kau lihat?
Siapa yang melihat kau?

Disatu masa ketika kau kata dunia ini kejam
Dunia ini tidak adil dunia ini durjana
Dunia ini macam-macam
Siapa yang kau lihat?
Siapa yang melihat kau?

Aku bukan sesiapa
Tidak memandang tidak melihat
Tapi entah bagaimana pandangan itu teralih.

Engkau.

Aku.

Memandang.

Namun dunia itu masih kejam
Engkau dan aku masih bukan sesiapa.

Arkib | Jangan monyet. Jangan. Aku dah kata. Degil!

Kali pertama kau makan cili
Kau akan terasa pedas amat.

Tekak terasa pedas
Esofagus terasa panas
Perut terasa menggelodak.

Kali pertama kau makan cili.

Sesak nafas.

Cuba kali kedua kau makan cili.

Kau masih akan terasa pedas amat

Tekak masih terasa pedas
Esofagus masih terasa panas
Perut masih terasa menggelodak.

Itu kali kedua kau makan cili.

Berpeluh.
Hingus menjejeh-jejeh.

Cuba kali ketiga kau makan cili
Cuba kali keempat
Cuba kali kelima
Cuba kali keseribu sembilan ratus lapan puluh empat

Masih pedas.

Masih berpeluh.

Masih berhingus.

Ketagih bukan?
Jadi jangan kau cuba suruh aku berhenti makan cili.

Aku ketagih. Begitu juga engkau.

Arkib | Jasad Kaku

Andai aku boleh jerutkan
Andai aku boleh kakukan
Andai aku boleh lemaskan
Andai aku boleh matikan
Diri engkau itu

Akan pasti aku lakukan.

Supaya jasad kau berada disamping aku setiap masa
Itu sudah cukup buat aku
Biar hanya peroleh jasad kau

Cukup.

Cukup.