Showing posts with label manusia. Show all posts
Showing posts with label manusia. Show all posts

Ritual ramadhan

Ramadhan
Serinya sudah kelam, ertinya sudah malap
Tatkala fajar mula terbit, mulalah menahan lapar dan dahaga
Namun bila mentari sudah tiada, haloba pula mengambil takhta
Semuanya mengharapkan pengampunan sesudah sebelas purnama membuat noda
Semuanya menginginkan magis supaya bertemu dengan malam istimewa
Dan pengulangan ini hanya ritual semata selama mana masih hidup tanpa terikat dengan Yang Esa.

Ketahuilah
Tidaklah diturunkan kitab sebagai bacaan semata atau pengubat hati duka lara
Tetapi sebenarnya untuk diambil pelajaran supaya reti beza yang mana satu dusta dan yang mana satu jalan ke syurga
Agungnya ramadhan itu bila manusia tunduk patuh pada sang pencipta
Dan indahnya idul fitri bila manusia sudah kembali pada fitrah yang sebenar-benarnya.


I rest my case.

Membangkang dikatakan rebel,
Menurut dikatakan dungu,
Memuji dikatakan pengampu,
Menjelaskan dikatakan menunjuk2 ilmu,
Berdiam diri dikatakan tidak berpendirian.
Selamat datang ke mahkamah ciptaan manusia,
Yang mana hukuman dijatuhkan sebelum perbicaraan bermula.

Kotarayaku



Ramai yang menyimpan impian untuk datang ke kotaraya mencari apa yang mahu dicari.

Bagi mereka kota besi ini mampu memberi nikmat dan merealisasikan impian mereka.

Tapi ramai juga yang mati mengejar mimpi di sini. Terkejar-kejar mencari rezeki untuk anak bini, terkejar-kejar mengikut trend terkini semata hidup mahu dipuji tetapi takut pulak dikejar sama mati.

Kotaraya, kota yang menyimpan sejuta khayalan dan kota inilah juga yang menjahamankan seluruh impian.

Aku? Aku cuma mahu hidup aman dan bahagia walaupun aku tahu 'big apple' ini cuma mampu memberi rasa debu dan bukan rasa gebu

gila

Gila kuasa. Gila wang. Gila talak. Gila seks. Gila bayang Gila kerja. Gila kejam. Gila makan. Gila sombong. Gila bodoh. Gila monster. Gila. Gila. Semuanya gila. Kau gila. Aku gila. Mari sama-sama gila.

Tebus

Paluan gendang memanggil pulang,
Anak dagang yang jauh di seberang,
Hilang jasadnya dimamah semang,
Hilang pertiwinya ditebus uang.