Aku ini harta pun tiada, nama pun tidak semenggah
Bukan mahu mengadu nasib malang
Atau menyalahkan ketidakadilan dunia
Cuma kita-kita ini marhaen yang tercungap-cungap
Mematahkan belikat yang tidak seberapa untuk untung rugi dunia
Nikmat seteguk zarah
Yang dilalukan ke usus dalam tubuh
Bila sudah mula derita lapar kemaruk arsenik
Jadi bangkai meranum berengga ditepian sangkarpun jadilah
Sampai Izrail mengucapkan salam langsung tidak dipedulikan
Panji-panji yang dahulunya terpahat dalam diri
Sudah berteraburan atas awan
Bergebang sana sini tidak henti-henti
Kolokium sudah bertukar jadi sarkas lompat sana-sini
Bisik hati 'apakah akan terpelihara aku yang tak semenggah ini'
Laksana gagak yang mahu duduk sebelah sama merak
Mulut harimau menganga-nganga minta disuapkan
Mulut kera terdikit-dikit mengunyah sabut kelapa
Bila mahu sedar yang semua itu sudah jadi santan basi
Pandanglah kami sebelumnya bertukar jadi debu.
No comments:
Post a Comment