Bila mana kamu berhadapan dengan kotak ajaib kamu berubah
Kamu menjadi anak wayang yang mungkin terhandal di abad ini
Kamu cuba untuk menjadi yang terbaik yang terhebat yang teragung
Kamu menjadi seseorang yang bagi aku sangat plastik
Kamu menjadi bukan kamu
Petah berkata.
Bijak berpura-pura.
Realitinya?
Hanya DIA dan kamu sahaja yang tahu.
Mengapa kamu harus meletakkan topeng di hadapan wajah kamu yang cantik itu sayang?
Mengapa kamu harus menjadi boneka di khalayak ramai?
Apa yang kamu cuba perlakukan itu?
Mungkin kamu bahagia dengan cara kamu itu. Mungkin kamu cuba menggembirakan diri kamu sendiri ataupun orang lain.
Mungkin kamu takut jikalau kamu berterus terang ada pihak yang kecewa dengan kamu
Ataupun mungkin kamu telah dibayar untuk menjadi patung-patung yang digerakkan oleh manusia lain
Aku cuma boleh andaikan sahaja kerna aku tidak mampu untuk membaca isi hati kamu
Aku juga tidak bisa mencorak hidup kamu
Hanya kau yang mampu
Adakah aku harus meletakkan topeng dimuka aku seandainya berhadapan dengan kamu
Atau terus menjadi aku yang berperangai kebudakan ini?
Aku tahu kau juga buntu untuk menentukan siapa diri kamu ketika saat-saat itu melanda kamu
Aku faham akan situasi kamu
Namun janganlah kamu menjadi terlalu plastik
Mereka yang lain memerhatikan dan mentertawakan kamu dek kepalsuan kamu itu
Kamu tidak dapat memperbodohkan mereka.
No comments:
Post a Comment