Terlalu banyak pilihan
Bermacam rupa dan warna
Keliru aku membuat keputusan
Pening aku hendak memilih yang mana.
Antara yang beribu itu
Terdengar jeritan pelbagai pihak
‘Aku…aku…pilihlah aku.’
‘Lihatlah bulu aku yang tulus mulus ini’
‘Peluklah aku yang gebu ini masa tidur kamu. Pasti lena’
‘Pasti tidak menyesal bila engkau pilih aku’
Walau ada yang lebih cantik dan gebu
Entah kenapa aku terpaut yang satu ini semenjak dari tadi lagi.
Walau ada yang cuba pengaruh aku dengan matanya yang bulat, rupanya yang unik
Entah.
Aku tetap mahu yang itu.
Mungkin pada dasarnya matlamat aku mahukan yang murah sahaja.
Sudah diprogramkan diminda.
Jangan pilih yang melampaui apa yang aku bajet. Cukuplah jika ianya mampu memenuhi deskripsi yang aku mahu.
Terselit di tengah-tengah sahabat yang lain
Tergantung sekian lama berbalut kapan jernih itu
Dan akhirnya dia di tangan aku.
Gembira seperti kanak-kanak disuakan gula-gula
Girang melebihi manusia lain disekeliling
Dan dia yang aku pilih berwarna biru.
Kini aku tidak menyesal memilih sang biru itu.
Peneman aku setiap malam
Bersama sang bintang yang teguh berdiri di sisi aku
Mendengar teriak dan bebelan aku
Melihat aku menjadi gila berkata seorang diri
Menjadi bantal peluk aku ketika hari aku kusam
Menceriakan hari aku dengan gelagat gila-gila kami.
Serius aku jatuh cinta dengan sang biru dan sang bintang.
No comments:
Post a Comment