Hati pedih
Hati jerit
Hati marah
Hati birat
Ditinggalkan kekasih
Ditinggalkan ibu
Ditinggalkan bapa
Ditinggalkan suami
Ditinggalkan dengan bermacam-macam manusia
Sudah berapa kali dikhabarkan pada hati
‘Hai hati bertahan lah…kuatlah hati’
Sudah berapa kali ditepuk-tepuk pada hati
‘Sabar ya hati…sekejap saja ni’
Sudah berapa kali diimunisasikan pada hati
‘Lalilah wahai hati…’
Tapi hati degil
Mahu juga dilaungkan kuat
Mahu juga dilambung tinggi
Mahu juga dijangkit sakit
Hati
Berhati-hatilah
Takut nanti kau kering
Takut nanti kau hilang
Takut nanti kau jalang
Takut nanti kau malang
Hati
Aku memang suka makan hati
Aku memang suka jual hati
Aku memang suka beli hati
Aku memang suka jeruk hati
Hati pedih
Hati jerit
Hati marah
Hati birat
Salah siapa hati?
Salah siapa hati?
Salah siapa hati?
Salahkan dunia sebab menjadi kelam?
Salahkan tuhan sebab menjadi kejam?
Salahkan diri sebab mahu direjam?
Hati
Berhati-hatilah
No comments:
Post a Comment