Aku penat bergebang mulut sana sini
Aku penat bermain hati ke hulu hilir
Aku hanya mahu hidup disulami kasih
Tapi aku rasa bahagia diselangi derita.
Aku letih menghadap wayang kulit duniawi
Aku tepu dengan sketsa murahan realiti
Andai kata sudah bukan jodoh aku dengan manusia
Maka dengan redha aku terima.
No comments:
Post a Comment