Mimpi Semalam

Semalam aku bermimpi, aku membacakan sebuah puisi dari hati, sedang aku mengamati puisi, datang sang gergasi menerkam diri, memecahkan segala isi hati, mencampakkan segala peribadi, lepaskan aku wahai sang gergasi, tidak, engkau kepunyaan aku, terpinga-pinga cuba memahami, apakah sebenarnya situasi yang terjadi, aku hanya ingin membaca puisi, bukan untuk menakluki realiti, lepaskan aku wahai sang gergasi, tidak, engkau kepunyaan aku, tapi mengapa aku yang kau cari, lupakah engkau akan aku ini?, siapakah engkau wahai gergasi, isi hati engkau itu menghidupkan aku gergasi ini, tapi aku tidak mahu rasa ini lagi, lepaskan aku wahai sang gergasi, tidak sekali-kali, tapi kenapa sang gergasi, kerana aku tidak mahu engkau lupakan aku lagi, dan bila aku terjaga dari mimpi, sang gergasi tepat berada di depan diri, memaksa aku membaca puisi ini.

No comments: