Roh dan Jasad tidak lagi bersatu
Meracau-racau mencari arah
Yang terlalu ingin diisi, ingin dipenuhkan, ingin dipandang adalah Jasad
Tergopoh gapah mencari sesuatu untuk memenuhi tuntutan fizikal
Lantas diri terlupa
Yang seharusnya dipenuhkan ditatang didahulukan adalah Roh.
Itu sebaiknya.
Tapi diri lupa. Lupa mengucap syukur. Lupa untuk mengisi kekosongan dengan cinta kepada DIA.
Alpa. Lalai.
Diberi anggapan seharusnya Jasad itu harus diutamakan, tampil bergaya, tampil gah, tampil sempurna
Dan itu yang dipraktikkan sekian lama
Kerana tidak mahu dianggap seorang yang ketinggalan zaman, seorang manusia yang tipikal mentalitinya.
Namun,
Benar. Aku ini manusia yang rendah mentalitinya.
Jauh sekali ingin terasa hebat kerna makin aku kejar makin aku jauh ketinggalan rupanya.
Betapa kosongnya hidup.
Rupanya Roh itu meronta-ronta untuk kembali.
Kembali kepada asal aku.
Jadi biarkan aku sebegini.
Sendiri.
Tapi sungguh jiwa aku tenang.
Tidak perlu terkejar sana-sini
Tidak perlu berlumba untuk tunjukkan siapa hebat
Tidak perlu menghiasi diri dengan jenama
Tidak perlu berlawanan yang akhir tidak membawa erti.
Pertarungan ini antara aku dan kekasih aku
Pertarungan ini hanya kekasih aku sahaja yang mengerti
Masakan tidak? DIA yang mencipta aku.
Maka biarkanlah aku.
Biarlah mereka melihat aku ini sendiri
Kerna aku tahu kekasih aku itu sedang menanti aku.
Aku rindu teramat sangat.
Kembalikan aku kepada asalnya
No comments:
Post a Comment