Tapak-tapak kaki kecil itu
Halus, mulus
Belum pandai untuk berpijak di tanah gersang
Belum tahu akan madu hempedu dunia.
Tapak-tapak kaki kecil itu
Halus, mulus
Belum pandai untuk menongkah arus realiti
Belum tahu untuk menundukkan duniawi.
Tapak-tapak kaki kecil itu
Masih merah
Masih mentah
Masih digenggam erat oleh tangan-tangan para-para dewa dewi
Masih dibalut dengan kain putih
Masih belum terpalit debu hitam.
Tapak-tapak kaki kecil itu
Bakal menyingkap pelbagai isi dunia
Menongkah arus, mengikut musim
Memijak ego, mengangkat kehendak
Menoleh ke sisi, berlari ke teluk
Meninggalkan jejak, menapakkan bekas.
Tapak-tapak kaki kecil itu
Masih merah
Masih mentah.
No comments:
Post a Comment