bila kau menari dengan aku

Everything is drifted apart.


Aku ini seorang manusia yang telah mati jiwanya

Aku ini seorang manusia yang telah mati hatinya

Aku ini seorang manusia yang telah mati akalnya

Aku ini seorang manusia yang hanya tinggal jasadnya sahaja.


Mahu dihidupkan semula namun semuanya telah rosak binasa

Mahu dihidupkan semula namun semuanya telah punah ranap

Mahu dicarikan hati yang baru namun tidak diketemui

Mahu diberikan jiwa yang baru namun tidak diketemui.


Matikan sahaja hati aku

Sedangkan legam sudah dibuat orang

Matikan sahaja jiwa aku

Sedangkan rompong dibuat orang


Diisi sekian lama

Namun terbalik karam tenggelam ditelan jerlus yang tinggal hanya memori yang kian terhakis

Cuba diberi teguk nira tapi masih membuas mencari sesuap agoni.


Masih cuba untuk membeli nyawa

Tapi sukar untuk diketemui bila rata-rata yang angkuh untuk memberi apatah lagi untuk aku meminjam walau sesaat

Lalu kubiarkan sahaja ianya membusuk berulat tanpa sebarang kasih.


Kasihan?

Tidak perlu.

Entah kenapa rasanya sangat sedap untuk aku lapah.