|Pantun nasihat| Mengawan

Molek tersusun langkah si anak dara
Menunggu sabar si anak teruna
Kenduri kendara dikeliling saudara mara
Gelak ketawa mengisi suasana

Duduk berdua di atas persandingan
Makan beradap adegan mesra
Hal rumah-tangga sama-sama bergandingan
Kuatkan iman tika gelora melanda.

Satu masa bila sudah bermasam muka
Jangan pula rajuk melebihi budak mentah
Jangan biarkan benci menguasai suasana
Jagalah harmoni suami isteri bersama-sama
Ingatlah kenapa Tuhan ciptakan Adam dan Hawa
Tulang rusuk patah huru-haralah dunia.

Kronologi seorang aku

Kronologi seorang manusia bermula dengan ijab dan kabul antara lelaki dan kadi
Menikahi perempuan ajnabi untuk menjadi hak peribadi
Bila tetamu sudah pulang, menjadi halal antara mereka untuk mencipta privasi
Merangkul sang dara idaman teruna menikmati waktu bersanggama bukan lagi fantasi
Lalu mani jatuh dalam rahim mula mencari-cari sang ovari
Dan menunggu arahan dari Yang Esa untuk memulakan ovulasi.

Andai diizinkan Yang Berkuasa setitis mani menjadi darah
Segumpal darah membentuk seketul daging
Lalu dititipkan roh dan diolah sebaik mungkin
Perjalanan diri dari alam rahim sampai ke hujung dunia
Untung, rugi, sedih, happy semuanya tertulis dalam diari
Ditulis sampai mati.

Cukup ranum bila sudah tertubuhnya rohani dan jasmani
Atas kudrat seorang ummi berteraskan besi waja meneran sekuat hati
Kulit mulus koyak rabak semua tidak dipeduli
Asalkan satu jisim yang dikendong selamat diazankan sang suami
Makhluk kecil dipeluk dicium dipelihara seikhlas hati
Periuk belanga diisi halwa supaya menjadi manusia bistari.

Anak Adam menari menyanyi sampai universiti
Mula main lari-lari dengan ayah dan ummi
Kononnya itu semua hak peribadi tanpa sedar dia jauh menyendiri
Sudah berani meneroka sexuality dan punya sifat curiosity
Kepingin mencari seni dalam diri, mencari hati dalam mati
Mahu menjadi nakhoda lalu bahtera mula dikemudi
Namun separuh pelayaran ada yang karam bila laut mula menguji.

Satu masa nanti tanpa ada rasa canggung dan memang pasti
Terbujur jasad menyerah diri, merelakan dimandi dan dikapan dengan kain putih berseri
Andai aib si mati terbuka nanti minta jangan dikeji tapi buatlah pedoman diri
Maka berangkatlah tubuh kaku meninggalkan duniawi
Talkin mula dibaca semoga sarira diterima bumi dan roh pula merelakan untuk diuji
Setelah setiap satu perilaku dihisab walaupun sebesar biji sawi
Akhirnya akan tiba juga masa untuk menghadap Yang Tertinggi.

Entri bergambar | Dear Future Husband


Marry me
Dengan aku yang tak punya apa
Dengan aku yang banyak cela

Marry me
Bersama berdua sampai senja
Bersama berdua sampai hujung nyawa

Marry me
Tanpa perlu hantaran berjuta
Hanya perlu ijab dan qabul sahaja

Marry me
Dengan aku yang banyak kerenah
Dengan aku yang tak tahu merencah

Marry me
Dengan aku yang tak sentiasa indah
Dengan aku yang hidup susah

Marry me
Akan aku cinta sampai tua
Akan aku cinta sampai syurga

Anyone?

Denting biru

Aku suka dengar
Paluan tin kosong dengan titis hujan
Nyaman
Mengasyikkan
Melalaikan
Seperti bunyi kosong jantung berlubang aku.

Entri bergambar | Hujung dunia

Entah berapa banyak lagi cerebral cortex harus bersepai
Entah berapa banyak lagi kaki tangan perlu tercabut
Entah berapa banyak lagi tulang-tulang rusuk harus ranap
Entah berapa banyak lagi jantung hati perlu lunyai
Entah berapa banyak lagi hemoglobin harus mengalir
Kerana aku?

Rindu pada hati

Bila hati mula berbicara
Bila hati mula mampu untuk berkata-kata
Bila hati mula kuat untuk mengenali dunia
Hatinya telah mati.

Mati.

Cuba untuk menghidupkannya kembali
Tapi buntu tentang apa yang harus dilakukan
Cuba mencari-cari jawaban
Namun semakin sesak semakin bertimbun persoalan-persoalan yang tiada akhirnya.

Bila mana aku hanya mampu melihat dari jauh
Melihat hatinya mati
Melihat hatinya menjadi batu.

Keras
Dingin
Hitam.

Masih adakah peluang untuk hatinya berkata-kata
Untuk berbicara semula seperti dahulu?
Aku ingin sekali melihat hati itu seperti asal
Aku rindukan hatinya

Kembalilah hati
Kembali seperti selalu
Aku rindu.

Jaring besi dinding konkrit

Tua
Lapuk
Tidak bernilai
Hilang seni
Goyah

Digantikan dengan yang lebih

Muda
Kuat
Segak
Artistik
Megah

Aku dilupakan
Aku dipinggirkan

Bila mana akar umbi aku dicabut
Yang tinggal hanyalah serpihan
Yang lama-lama lenyap diterbangkan bayu
Aku hilang dari pandangan mata manusia

Katakanlah mereka itu rakus
Katakanlah mereka itu tamak
Aku tetap pergi meninggalkan kamu semua
Yang tinggal hanya potret-potret usang, cerita-cerita kosong
Dan memori lama yang terpahat pada setiap insan yangpernah berbekas hatinya kerana aku

Lenyapnya aku dengan satu tujuan
Memberi lalu untuk satu terma,
Pembangunan.

Roti sapu kaya

Dahulu kala,

Kau gelak
Bila aku kata aku cinta kau
Bila aku mahu jadi milik kau
Bila aku mahu memperisterikan kau
Bila aku mahu sehidup semati dengan kau
Bila aku mahu simpan kau dalam botol kaca.

Masa kini,

Aku gelak
Bila kau kata kau cinta aku
Bila kau mahu jadi milik aku
Bila kau mahu bersuamikan aku
Bila kau mahu sehidup semati dengan aku
Bila kau mahu disimpan dalam botol kaca.

Kelakar bukan?
Bila kita sama-sama cinta
Bila kita sama-sama sayang
Bila kita sama-sama suka
Tapi bukan pada masa yang sama.

Jangan tamak sayang nanti rugi macam anjing dengan bayang-bayang.

Over the moon

Aku lihat dari jauh
Lampu tergantung atas siling
Bayangnya melekat di dinding

Aku lihat dari jauh
Jasad terasa sangat dekat
Tapi rohnya langsung tak melekat

Aku hanya pari-pari cinta
Memerhati dari jauh sahaja
Dek sumpahan nenek kebayan
Menghalang aku untuk melayan

Takbir

Jiwa aku bagai dicarik-carik halus
Tatkala sayup takbir berlagu

Hati resah

Sungguh aku lemah bila kalimah Ar-Rahman berlagu
Betapa bolongnya hidup aku rasakan

Traffic Light

Aku benci kau
Sungguh!
Meluap-luap kebencian aku bila kau asyik buat aku menanti
Berjalan selangkah menunggu empat puluh langkah
Dah berapa banyak hidup aku menanti sebab kau
Buang masa tahu tak?!
Hijau
Kuning
Merah
Ah menunggu lagi
Aku benci kau
Si lampu isyarat.

Entri bergambar | Retorik astaka dinding hitam

Retorik astaka dinding hitam
Bergemerlapan cahaya suram kelam
Berkumandang suara segenap alam
Bertaburan semut-semut hitam
Berpadu petikan antara tulang dan besi
Berpasangan sendi-sendi menghentak konkrit
Berawangan serebrum di ruang kosong
Bertiupan nota-nota treble klef
Bersahutan bunyi kerongkong terpantul sana sini

Ada satu susuk menakuk di antara belikat kuat
Mula menikus lalu tenggelam dihembus jaring-jaring yang melantunkan rohnya
Di sebalik retorik astaka dinding hitam itu

The Wall, Batu Pahat
Awesome people, great music and high hope

Afficionado

Aku ketagih
Bukan rokok
Bukan heroin
Bukan gam
Bukan daun ketum.

Aku ketagih
Dengan cerita tentang kau.

Home

Tuhan
Tiada apa yang aku harapkan
Selain memberi bahagia buat dia.

Tuhan
Tiada apa yang aku mahukan
Selain melihat senyuman rongak dia.

Tuhan
Sudah lama dia menyendiri
Benarkanlah dia berjumpa arjuna hati.

Tuhan
Anggaplah aku manusia bangsat
Ambillah roh dan kembalikan jasad pada asalnya.

Tuhan
Cukuplah untuk hayatnya itu
Belikat sudah retak menanti belah.

Tuhan
Aku sayang dia
Maka aku izinkan dia pergi bila sampai waktu
Janganlah diseksa lagi daging tua itu
Palingkan semua cercanya pada aku
Kerana aku cucu paling bangsat sekali.

Love-Letter

Sayang
Hati kau itu bukan milik aku
Hati aku itu bukan milik kau
Maka,
Seharusnya kau tahu
Hati kita berdua bukan milik kau dan aku
Hati kita berdua milik Yang Satu.

Sayang,
Memberi dan menerima cinta adalah satu rasa yang menawan
Membuatkan kau terbang melayang tinggi di awan
Tapi,
Kau harus tahu yang cinta bisa bikin kau jatuh
Tanpa sayap, tanpa payung terjun terjunam terus.

Sayang,
Hari ini kita rasa cinta
Hari esok kita rasa mati
Hari ini kita rasa bahagia
Hari esok kita rasa nestapa
Maka,
Seharusnya kau tahu
Hati kita berdua bukan milik kau dan aku
Hati kita berdua milik Yang Satu.

Melayang

Duduk ramai-ramai
Atas kerusi, celah tiang, atas lantai
Tengok art dari Cakar
Rona hitam & putih
Campur Asap kepul-kepul
Kejap lagu black metal kejap lagu Maher Zain
Makanan barat, timur selang seli air teh kopi

Aku rasa terbang melayang.

Lover

Aku dengan makanan
Macam sepasang kekasih
Twenty four seven melekat macam belangkas
Tak boleh dipisahkan langsung

Rempit

Kasihan budak kecil itu
Tersepit antara tulang belikat ayahnya
Dan tetek besar ibunya
Di atas jalan raya penuh asap
Tanpa topi keledar

Dengan kelajuan sembilanpuloh kilometer sejam

Flora

Kau cantik
Kau lawa
Tapi hati kau busuk

Kau hodoh
Kau buruk
Tapi hati kau wangi

Aku
Tetapi pilih yang cantik

Shadow

I wish you were here
Beside me
Together
But you seem so far away
I can't never reach you
I can't never hold you
You are slipping away
Gone
Without ever notice me.

Awake

Tuhan

Bangkitkan aku

Dari gelap malam

Untuk aku tatap dinihari

Untuk Kau jemput aku pulang

Ke jalan asalku.

HeartBeat

Satu-satunya jantung

Yang masih berdegup laju

Aku lingkar dengan dawai duri

Untuk dihidangkan pada kau

Untuk ditatangkan pada kau

Untuk dipegang oleh kau

Maka

Jagalah

Jangan berdarah isi kulit kau

Tiada jaminan.

Tepuk Amai-Amai

Mata-mata melihat

Menunggu masa

Untuk rebah


Tangan-tangan bertepuk

Menunggu masa

Untuk jatuh


Kaki-kaki menghentak

Menunggu masa

Untuk patah


Perihal manusia

1001 macam hal

Hasad dengki takkan pernah hilang

Melihat yang lain sebagai umpan

Diri sendiri menjadi taruhan

Hidup adalah satu perjudian

Maruah tergadai

Hilang terkapai

Mati tersadai.

Publish

Saya akan mati

Mungkin hari ini

Mungkin esok hari

Mungkin duapulohtiga purnama lagi


Saya akan mati

Bila Izrail datang melawat

Bila Tuhan sudah kata tamat

Bila dunia sudah kiamat


Saya akan mati

Bila hati sudah lari

Bila manusia bunuh diri

Bila hilang waras diri


Bila saya mati

Jangan ditangisi

Jangan diratapi

Jangan dibenci


Bila saya mati

Sedekahkan doa

Sedekahkan Al-Fatihah

Sedekahkan Yasin


Bila saya mati

Halalkan makan

Halalkan minum

Halalkan hutang-piutang


Sebelum saya mati

Minta ampun dan maaf

Minta lepaskan dendam

Minta leraikan kasih


Sebelum saya mati

Hajat mahu ditunaikan

Mimpi mahu direalisasikan

Godaan mahu dijahanamkan


Sebelum saya mati

Izinkan saya merapu

Benarkan saya melalut

Biarkan saya meraung


Saya akan mati.

Dialog sama angin

Hai

Hai

Awak ingat saya lagi?

Kau siapa?

Masa lalu.

Hendak apa dengan aku?

Datang melawat dan merawat.

Tidak perlu.

Kenapa?

Biarkan.

Tapi kamu perlukan rawatan. Jantung kamu sudah banyak retak. Biar saya jahitkan.

Tidak mahu dan tidak perlu.

Tapi mengapa?

Tidak akan hilang retaknya. Masih berbekas bukan? Jadi biarkan sahaja. Aku mahu sebegitu.

Nanti kamu mati.

Aku sudah lama mati.