Kasih. Pengenalan.

Ini kisah Kasih.

Kasih. Perempuan.

Ini kisah Kasih dengan sesiapa yang pernah dan sedang bertandang dalam hati Kasih.

Ini kisah Kasih dan lelaki.

Kasih bukan pelacur. Tapi Kasih melacurkan hatinya untuk secebis kasih.

Semoga Kasih berjaya mencari kasih yang sudah lama hilang.

Ini kisah Kasih dan cinta Kasih.

Ini kisah Kasih.

Terima kasih.

arang

Pentingkan diri sendiri Lama-lama nanti mati Jangan pula gelabah mencari Bila hilang kelibat diri Tidak akan toleh kembali Bila sudah tiada hati Pujuk rayu tidak dipeduli Bila sudah tak mahu didekati Jasad mula kaku berdiri Tiada apa lagi yang mahu ditangisi Bila sudah tidak hargai Maka untuk apa setia menanti Dari dipandang seperti tunggul mati Maka biarkan anai-anai nikmati Sekurang-kurangnya dapat berbakti Mengembalikan budi pada bumi sendiri Dari dibazirkan pada yang pentingkan diri sendiri.

gila

Gila kuasa. Gila wang. Gila talak. Gila seks. Gila bayang Gila kerja. Gila kejam. Gila makan. Gila sombong. Gila bodoh. Gila monster. Gila. Gila. Semuanya gila. Kau gila. Aku gila. Mari sama-sama gila.

Selembut puteri talam

Hidup bermuka-muka.

Pandang depan kata suka, pandang belakang kata nista.
Sana sini jual cerita, sedangkan dikata aib jangan dibuka.

Istighfar banyak2, kena batang hidup sendiri, baru padan muka.

Tebus

Paluan gendang memanggil pulang,
Anak dagang yang jauh di seberang,
Hilang jasadnya dimamah semang,
Hilang pertiwinya ditebus uang.

bulan sabit

Mungkin yang sebenarnya cinta itu bukan untuk dimiliki
Atau bukan diciptakan untuk perempuan ini
Datang bila hati sunyi
Untuk memberi warna pada diri
Satu hari bila bintang sudah tidak bercahaya nanti
Senyap-senyap secara halus melangkah pergi
Bila sudah tiada lagi harga diri untuk dinikmati.

Mungkin yang sebenarnya cinta itu bukan untuk dimiliki
Atau memiliki itu bukan hajat yang patut dipenuhi
Sekadar berhubung jauh semata untuk berjanji
Setia sehidup semati cuma dongengan abadi
Bila adiwira sudah mula pandai memerhati
Segala yang direncana hanyalah imaginasi
Menjadi impian berduri seorang pemaisuri.

Mungkin yang sebenarnya cinta itu bukan untuk dimiliki
Hendakkan sesuatu teracun oleh hasad dengki
Bila kisah yang direncana oleh seluruh isi bumi
Menjadi debu bila empunya badan terbakar dek api
Duduk atas batu memandang ombak membelah sepi
Terbang ke awan lesap dari mata hati
Bila kudrat sudah tidak mampu lagi berdiri.

Mungkin yang sebenarnya cinta itu bukan untuk dimiliki.

relung

Bila hidup masih belum bebas,
Nota-nota lama tersimpan dalam poket kecil,
Dilipat rapi dipegang hati,
Menatap langit sunyi sendiri,
Sangkar emas dibiar tidak berkunci,
Rantai api membelit kaki,
Dipegang tidak dilepas tidak,
Mati kehausan di laut masin.