Disatu masa ketika kau tiada siapa-siapa
Tiada aku tiada dia tiada mereka
Tiada siapa-siapa
Siapa yang kau lihat?
Siapa yang melihat kau?
Disatu masa ketika kau kata dunia ini kejam
Dunia ini tidak adil dunia ini durjana
Dunia ini macam-macam
Siapa yang kau lihat?
Siapa yang melihat kau?
Aku bukan sesiapa
Tidak memandang tidak melihat
Tapi entah bagaimana pandangan itu teralih.
Engkau.
Aku.
Memandang.
Namun dunia itu masih kejam
Engkau dan aku masih bukan sesiapa.
Arkib | Death is only a part of life cycle
Mati itu pasti
Mati itu akan jelma
Bila sampai waktu.
Mati itu janji DIA
Mati itu sudah termaktub.
Jadi mengapa harus ditakuti?
Jadi mengapa harus digeruni?
Ceruk mana menyembunyikan diri
Kunfayakun
Mati itu pasti
Mati itu akan jelma
Bila sampai waktu.
Mati itu janji DIA
Mati itu sudah termaktub.
Jadi mengapa harus ditakuti?
Jadi mengapa harus digeruni?
Ceruk mana menyembunyikan diri
Kunfayakun
Mati itu pasti
Arkib | Jangan monyet. Jangan. Aku dah kata. Degil!
Kali pertama kau makan cili
Kau akan terasa pedas amat.
Tekak terasa pedas
Esofagus terasa panas
Perut terasa menggelodak.
Kali pertama kau makan cili.
Sesak nafas.
Cuba kali kedua kau makan cili.
Kau masih akan terasa pedas amat
Tekak masih terasa pedas
Esofagus masih terasa panas
Perut masih terasa menggelodak.
Itu kali kedua kau makan cili.
Berpeluh.
Hingus menjejeh-jejeh.
Cuba kali ketiga kau makan cili
Cuba kali keempat
Cuba kali kelima
Cuba kali keseribu sembilan ratus lapan puluh empat
Masih pedas.
Masih berpeluh.
Masih berhingus.
Ketagih bukan?
Jadi jangan kau cuba suruh aku berhenti makan cili.
Aku ketagih. Begitu juga engkau.
Kau akan terasa pedas amat.
Tekak terasa pedas
Esofagus terasa panas
Perut terasa menggelodak.
Kali pertama kau makan cili.
Sesak nafas.
Cuba kali kedua kau makan cili.
Kau masih akan terasa pedas amat
Tekak masih terasa pedas
Esofagus masih terasa panas
Perut masih terasa menggelodak.
Itu kali kedua kau makan cili.
Berpeluh.
Hingus menjejeh-jejeh.
Cuba kali ketiga kau makan cili
Cuba kali keempat
Cuba kali kelima
Cuba kali keseribu sembilan ratus lapan puluh empat
Masih pedas.
Masih berpeluh.
Masih berhingus.
Ketagih bukan?
Jadi jangan kau cuba suruh aku berhenti makan cili.
Aku ketagih. Begitu juga engkau.
Arkib | Jasad Kaku
Andai aku boleh jerutkan
Andai aku boleh kakukan
Andai aku boleh lemaskan
Andai aku boleh matikan
Diri engkau itu
Akan pasti aku lakukan.
Supaya jasad kau berada disamping aku setiap masa
Itu sudah cukup buat aku
Biar hanya peroleh jasad kau
Cukup.
Cukup.
Andai aku boleh kakukan
Andai aku boleh lemaskan
Andai aku boleh matikan
Diri engkau itu
Akan pasti aku lakukan.
Supaya jasad kau berada disamping aku setiap masa
Itu sudah cukup buat aku
Biar hanya peroleh jasad kau
Cukup.
Cukup.
Sayang tapi benci
Kita ini semuanya sama sahaja
Datang ke sini membawa hati lara dari kotaraya
Bukan hendak apa-apa pun
Cuma mahu kongsi rasa dan tidak keseorangan
Kelakar bukan
Bila kita maki2 sama cinta
Tapi sebab cintalah kita ke mari
Janganlah marah janganlah meradang
Tak baik untuk jantung wahai abang sayang
Adik cuma mahu curah kasih yang tak seberapa
Untuk kenangan yang bakal kekal dalam kepala.
Kelakar bukan bila rasa cinta yang kita benci itulah yang buat kita semua hidup.
Datang ke sini membawa hati lara dari kotaraya
Bukan hendak apa-apa pun
Cuma mahu kongsi rasa dan tidak keseorangan
Kelakar bukan
Bila kita maki2 sama cinta
Tapi sebab cintalah kita ke mari
Janganlah marah janganlah meradang
Tak baik untuk jantung wahai abang sayang
Adik cuma mahu curah kasih yang tak seberapa
Untuk kenangan yang bakal kekal dalam kepala.
Kelakar bukan bila rasa cinta yang kita benci itulah yang buat kita semua hidup.
Bidadari Hitam
Aku cari
Tidak mahu kau muncul
Aku diam
Tidak juga kau mucul
Aku tunggu
Tidak pula kau muncul
Tapi
Aku dengar-dengar kau ada
Dibawah lampu neon yang pecah mentolnya.
Tidak mahu kau muncul
Aku diam
Tidak juga kau mucul
Aku tunggu
Tidak pula kau muncul
Tapi
Aku dengar-dengar kau ada
Dibawah lampu neon yang pecah mentolnya.
Mahu ke kubur abah
Sayunya hati mengenang kamu
Jauh terpinggir dibawa pergi
Teringat kembali hangat lekit tubuhmu
Memeluk waktu aku sibuk bermain
Bercucuran airmata
Anak kecil itu terpana
Tidak mengerti erti kematian
Hanya mampu meraung dibawa pergi
Jauh dari jasad yang terbujur
Diikat rapi dengan kain putih berseri.
Abah, aku rindu
Jauh terpinggir dibawa pergi
Teringat kembali hangat lekit tubuhmu
Memeluk waktu aku sibuk bermain
Bercucuran airmata
Anak kecil itu terpana
Tidak mengerti erti kematian
Hanya mampu meraung dibawa pergi
Jauh dari jasad yang terbujur
Diikat rapi dengan kain putih berseri.
Abah, aku rindu
Subscribe to:
Posts (Atom)