Ritual ramadhan

Ramadhan
Serinya sudah kelam, ertinya sudah malap
Tatkala fajar mula terbit, mulalah menahan lapar dan dahaga
Namun bila mentari sudah tiada, haloba pula mengambil takhta
Semuanya mengharapkan pengampunan sesudah sebelas purnama membuat noda
Semuanya menginginkan magis supaya bertemu dengan malam istimewa
Dan pengulangan ini hanya ritual semata selama mana masih hidup tanpa terikat dengan Yang Esa.

Ketahuilah
Tidaklah diturunkan kitab sebagai bacaan semata atau pengubat hati duka lara
Tetapi sebenarnya untuk diambil pelajaran supaya reti beza yang mana satu dusta dan yang mana satu jalan ke syurga
Agungnya ramadhan itu bila manusia tunduk patuh pada sang pencipta
Dan indahnya idul fitri bila manusia sudah kembali pada fitrah yang sebenar-benarnya.


I rest my case.

Membangkang dikatakan rebel,
Menurut dikatakan dungu,
Memuji dikatakan pengampu,
Menjelaskan dikatakan menunjuk2 ilmu,
Berdiam diri dikatakan tidak berpendirian.
Selamat datang ke mahkamah ciptaan manusia,
Yang mana hukuman dijatuhkan sebelum perbicaraan bermula.

hikayat bumi dan langit

Sejak dua tiga menjak nie kerajaan langit selalu benar melancarkan perang dengan kerajaan bumi. Bukan tak pernah, selalu aje berperang cuma sekarang tentera kerajaan langit lain macam hebatnya.

Dan bila sudah selalu benar diasak, kerajaan bumi tewas juga walaupun kerajaan bumi berhempas pulas untuk bertahan. Yelah tentera kerajaan bumi cumalah pokok-pokok, binatang-binatang dan manusia. Tak terla...wan langsung dengan tentera kerajaan langit.

Angin; barisan hadapan kerajaan langit pun dah cukup hebat. Sekali datang, dah cukup power dia mematahkan tulang belikat pokok-pokok berusia ratusan tahun. Itu belum lagi dikeluarkan tentera guruh dan tentera petir. Mencicit kerajaan bumi.

Namun, better death than dishonour! Kerajaan bumi tidak akan menyerah kalah kerana selagi barisan terakhir tentera kerajaan langit; Israfil tidak diturunkan selagi itu kerajaan bumi punya peluang untuk menang.

Jadi berjuanglah kerajaan bumi.
Berjuanglah!