Kasih, Ishak dan Natasha

Kasih.

Pengenalan Kasih dengan cinta semasa usia 12 tahun.

Cinta monyet.

1999

Kasih baru berpindah ke kampung neneknya selepas kematian datuknya.

Selama ini dalam fikiran Kasih cumalah mahu menjadi kanak-kanak riang seumur hidup.

Jadi hidup Kasih dipenuhi dengan aktiviti main basikal keliling kampung, panjat poko ceri, main lumba lari dengan budak laki dan juga dibantai neneknya setiap kali Kasih pulang bila azan Maghrib berkumandang.

Kasih gembira.
Kasih suka.
Kasih bahagia.

Sehinggalah suatu hari, ada budak lelaki baru muncul di sekolah Kasih. Semua orang tertanya-tanya siapakah budah berkenaan. Semuanya berkenan terutamanya yang perempuanlah.

Termasuklah Kasih.

Itulah pertama kali dalam hidup Kasih, Kasih sukakan seseorang.

Tapi dek perangai Kasih yang tomboi itu siapa yang mahu dekat dengan Kasih.

Kasih tak cantik dan macam anak keling. Itu yang semua orang cakap dekat Kasih termasuklah keluarga Kasih sendiri.

Kasih rendah diri.

Tapi Kasih tetap mahu mencuba.

Oleh kerana Kasih ramai kawan lelaki, maka tak sukar untuk Kasih berkawan dengan Ishak.

Waktu rehat, Kasih dengan Ishak akan main bersama-sama. Main sep-sep tiang, police and thief, lompat keluar longkang dan semua permainan budak-budak laki-laki.

Ramai yang cuba dekat dengan Kasih supaya mereka dapat dekat dengan Ishak. Tapi waktu tuh Kasih bodoh. Kasih ingatkan mereka dekat dengan Kasih sebab mereka mahu berkawan dengan Kasih.

Suatu hari Ishak sakit. Kena demam campak. Kasih risau. Kasih naik basikal pergi public phone telefon Ishak. Kasih borak-borak dengan Ishak. Dari situ Kasih dapat tahu yang Ishak sukakan Natasha. Perempuan berkulit cerah dan punya bibir merah seksi dekat sekolah Kasih.

Natasha punya geng sendiri. Kasih gelarkan geng mereka geng elit. Yelah mereka semua punya bapak yang berpengaruh dekat kampung Kasih. Rumah mereka besar-besar.

Mereka duduk satu geng. Sekolah kebangsaan, sekolah agama. Tak boleh berenggang. Kelas pun kelas yang sama. Mereka duduk kelas pandai. Kasih duduk kelas bawah sekali.

Merekalah yang sibuk-sibuk hendak berkawan dengan Kasih. Bayangkan selama setahun Kasih dekat sekolah tuh tak pernah sekalipun mereka tegur. Tapi bila Ishak datang, tiba-tiba mereka baik dengan Kasih.

Bila Kasih lalu depan kelas mereka, mereka panggil Kasih ajak berborak. Belikan Kasih keropok lekor masa rehat. Kasih suka sebab Kasih ingatkan mereka betul-betul mahu berkawan dengan Kasih.

Lagipun mereka terkenal dekat sekolah. Mestilah Kasih bangga bila mereka mahu berkawan dengan Kasih. Tapi rupa-rupanya mereka tipu Kasih.

Ishak yang bagitau dengan Kasih. Ishak cakap Natasha telefon Ishak lepas dia dapat no telefon Ishak dari Kasih. Mereka dah bercinta lama tapi Kasih yang tak tahu.

Ishak cakap Natasha tak suka Ishak rapat dengan Kasih. Kasih sedih. Rupanya mereka buat cerita dengan semua orang cakap Kasih budak tak malu terhegeh-hegeh mahu berkawan dengan mereka.

Baru Kasih tahu. Baru Kasih sedar, orang elit mana boleh kawan dengan orang biasa. Stended kena jaga. Kasih sedih masa tuh. Lagi sedih bila Ishak cakap Ishak dah tak mahu kawan dengan Kasih. Ishak sayang Natasha dan Ishak mahu taat dengan Natasha. Ishak jugak cakap Ishak nak tukar sekolah masa sekolah menengah nanti. Ishak nak masuk sekolah asrama sekali dengan Natasha.

Kasih ucapkan selamat tinggal dekat Ishak. Kasih doakan Ishak dengan Natasha bahagia sampai mati.

Kasih letak telefon. Kasih menangis.

Kasih kayuh basikal, balik rumah. Kasih masuk bilik, Kasih menangis bawah selimut sampai tertidur.

Esok pagi Kasih bangun, Kasih pergi sekolah macam biasa.

Hari akhir persekolahan, Kasih jumpa Ishak. Kasih cakap terima kasih dekat Ishak dengan semoga berjaya masuk sekolah asrama dan jadi budak pandai. Ishak senyum. Kasih senyum.

Kasih pergi jumpa geng elit. Kasih ucapkan selamat berjaya dekat mereka dan Kasih ucapkan semoga percintaan Natasha dan Ishak kekal abadi. Natasha masam muka. Kasih senyum.

Bunyi loceng Kasih ambil beg, sorong basikal balik rumah.

Itu kali yang terakhir Kasih jumpa Natasha dan Ishak. Dan Kasih tidak pernah mendengar khabar berita dari mereka lagi.

Kasih. Pengenalan.

Ini kisah Kasih.

Kasih. Perempuan.

Ini kisah Kasih dengan sesiapa yang pernah dan sedang bertandang dalam hati Kasih.

Ini kisah Kasih dan lelaki.

Kasih bukan pelacur. Tapi Kasih melacurkan hatinya untuk secebis kasih.

Semoga Kasih berjaya mencari kasih yang sudah lama hilang.

Ini kisah Kasih dan cinta Kasih.

Ini kisah Kasih.

Terima kasih.