arang

Pentingkan diri sendiri Lama-lama nanti mati Jangan pula gelabah mencari Bila hilang kelibat diri Tidak akan toleh kembali Bila sudah tiada hati Pujuk rayu tidak dipeduli Bila sudah tak mahu didekati Jasad mula kaku berdiri Tiada apa lagi yang mahu ditangisi Bila sudah tidak hargai Maka untuk apa setia menanti Dari dipandang seperti tunggul mati Maka biarkan anai-anai nikmati Sekurang-kurangnya dapat berbakti Mengembalikan budi pada bumi sendiri Dari dibazirkan pada yang pentingkan diri sendiri.