Kukuh


Perempuan;
Gagah manapun dia harung celaka dunia
Sekali dijentik hatinya dengan cinta
Roboh habis pasaknya.

Lara jiwa

Rindukan matahari yang sudah suram
Kepinginkan bulan yang semakin kelam
Dibaling dicampak disuruh pergi
Ain kaku menghadap langit tinggi

Destinasi

Solo tak bererti bolos
Berdua tak bererti bahagia
Mati nanti sendiri jua
Dalam lubang enam kaki
Siapa kita untuk menidakkak kuasa Yang Esa?

Hancur

I wrote a song specially for you

But

I'm thinking about him

Sirih Cina

Kasihan perempuan seperti kami

Bukan kami tak mahu
Tapi
Tuhan suruh kami tunggu

Bukan kami tak cari
Tapi
Tuhan kata nanti

Bukan kami jual mahal
Tapi
Jasad kami bukan dagangan murahan

Bukan kami memilih
Tapi
Kami jambangan yang belum cukup ranum untuk dipetik

Sabarlah
Tuhan
punya
misi
untuk
kami.